Thursday, July 29, 2010

4. Catatan 4: Janji PMG

Store PMG tidak akan ditutup selagi kilang membeli getah di gemas tidak ditutup.Itu janji yang aku terima dari Penyelia PMG Bukit Jalor saudara Abd.Rahman Bin Minhaj.Harap lepas nie tidak ada lagi perbalahan mengenai isu PMG ditutup yang boleh menyukarkan buruh2.Cuma harap PMG dapat memaklumkan lebih awal jikalau store PMG tutup kedai .

Wednesday, July 28, 2010

3. Catatan 3 : Hari Terbuka Jalor Lebar

Pada 01/08/2010 Pusat Jalor Lebar Bukit Jalor akan mengadakan hari terbuka kepada semua anak2 warga Bukit Jalor.Tujuan diadakan program tersebut adalah untuk mendedahkan warga Bukit Jalor dengan IT disamping mengeratkan hubungan antara ahli PJK dgn warga Bukit Jalor.Tema untuk hari terbuka ini adalah berkaitan dengan kemerdekaan.

Mari kita sama2 support aktiviti tersebut...

Antara pertandingan yg dijalankan
Deklamasi sajak
Esei
Pakai beragam
Mewarna
Pertandingan Blog Menarik.

Tahniah kepada semua warga PJK yg telah bersusah payah terutama kepada Rohayu dan Izzati.
2 .Catatan 2: Penduduk Bersatu Bukit Jalor Maju.

Setelah sekian lama aku duduk di kg Bukit Jalor ada sesuatu yang aku rasa perlu diberi perhatian supaya perkara ini tidak menjadi barah yang boleh merosakkan Kg Bukit Jalor ini.Terus terang aku dapati dikalangan penduduk kg kita terutama yang ada pangkat dan kedudukan mempunyai team masing2.Jikalau team A tak suka team B mereka dan kuncu2 mereka akan bersatu utk menjatuhkan team A.Bagi aku ini satu tabiat yang tidak elok.Tabiat jatuh menjatuh akan menyebabkan jalor terus hancur.Tak boleh kah mereka ini bersatu dan bersama2 memajukan Bukit Jalor.Tidak terpikirkah mereka jikalau jalor maju anak2 mereka juga akan senang.

Bagi aku perkara ini memang susah utk diperbetulkan lebih2 lagi jikalau setiap apa yang dilakukan bukan dgn niat yang iklas.Semuanya ada kepentingan peribadi.Wahai warga Bukit Jalor..Marilah kita bersatu.Kita majukan jalor dengan iklas dan kita fikirkan bersama2 keuntungan yang bakal dikecapi oleh anak2 kita jika kita bersatu.

Wednesday, July 14, 2010

1.Catatan 1 : Terima kasih Jalor lebar.

Dengan adanya Jalor Lebar, aku dapati penduduk Jalor kini ramai yang telah celik IT.Jika dulu ada yang tak tahu menggunakan komputer, sekarang, hari2 layan komputer.Kelas mengajar Komputer yang dijalankan oleh Jalor Lebar harap dapat memberi byk manfaat kepada penduduk kampong.Dengan adanya WIFI yang disediakan,memudahkan aku melayari internet.Byk benda aku boleh buat.masalahnya cuma jarak yang agak terhad.