Saturday, September 18, 2010

22.Keratan Akbar 13.Reunion Pelajar SKBJ Tahun 1972-1977


Friday, September 17, 2010

21.Keratan Akbar 12 : Reunion Pelajar SKBJ 1973-1978

Sunday, September 12, 2010

20.Catatan 19 : Reunion Pelajar SKBJ Tahun 1972-1977. Bertemu setelah 33 tahun berpisah.

12/09/2010 : Menyaksikan reunion pelajar2 tahun 1972-1977 betul menyentuh hati aku.Kegembiraan dan kegirangan terpancar diwajah mereka yang hadir.Aku sendiri sebak melihat kakak aku menitiskan air mata apabila dapat bertemu semula dgn rakan2 mereka yang telah terpisah hampir 33 tahun.Kegembiraan dan kesayuan terpancar pada wajah2 hadir.

Reunion pelajar tahun 1977 telah diadakan dibalairaya felda bukit jalor dan dihadiri oleh cikgu yunus dan cikgu wahab.Seramai 28 pelajar telah berjaya dikumpulkan.

Dalam ucapannya, encik rosli selaku ketua yang mengendalikan reunion ini berkata, kemajuan ICT iaitu FaceBook telah berjaya meyatukan semula rakan2 yg telah 33 tahun terpisah.

Cikgu wahab dalam ucapannya pula memberitahu ada kalangan guru yang dijemput tidak dapat hadir kerana terlantar sakit.Beliau meminta supaya murid2 mereka ini dapat datang melawat .Disamping itu cikgu wahab menyebut beberapa nama guru yang telah kembali kerahmatullah.Kepada yang telah berjaya cikgu wahab menasihatkan supaya dapat memberi idea-idea yang bernas untuk kemajuan kampung dan jangan sesekali malu mengakui kamu anak felda.

Dalam ucapan cikgu yunus pula, beliau melahirkan rasa terharu kerana dapat berjumpa semula setelah lama berpisah dan meminta mereka membuat perjumpaan lagi supaya aktiviti yang lebih baik dapat diadakan untuk kemajuan anak-anak felda bukit jalor.

Kronologi Peristiwa.

3.00 pm : Kehadiran pelajar2 tahun 1972-1977.
4.00 pm : kehadiran Cikgu Yunus dan cikgu wahab .
4.30 -5.30 pm : Ucapan pengerusi reunion, encik Rosli. Ucapan dari Cikgu Wahab dan Cikgu Yunus.
5.30 -600pm : Jamuan dan sesi bergambar.



Gambar tahun 1977.(Gambar 33 tahun yang lalu)

Gambar tahun 2010.(Bertemu semula setelah 33 tahun berpisah)

Keriangan terpancar pada wajah-walah yang hadir

Kegembiraan yang tdiak dapat diucapkan melalui kata-kata.

Memori lama kini menjelma semula.

Saturday, September 11, 2010

19.Catatan 18 : Perginya kerahmatullah anak Allahyarham Abu c30.

11/09/2020 : Terkedu aku apabila dapat tahu cik Kamariah Binti Abu c30 telah kembali kerahmatullah di rumah saudara kampa c34.Semalam aku baru jer berhari raya di rumah kampa.

Menurut saudara kampa c34, arwah meninggal pukul 6.00 pagi tadi.Arwah baru sahaja sampai ke bukit jalor petang semalam (Raya pertama) dari kuala Pilah.Arwah sememang nya telah lama sakit dan pernah dihantar ke hospital Kuala Pilah disebabkan Jangkitan Kuman pada Paru-paru.

Jenazah arwah telah selamat dikebumikan sebelum zohor tengahari tadi dan diketuai oleh iman 2 iaitu haji Raaof.
Imam Raof membacakan Talkin
Saudara mara yang hadir.

Penduduk jalor dan saudara mara sama-sama menguruskan jenazah.


Takziah kepada saudara mara arwah .


Friday, September 10, 2010

18.Catatan 17: Selamat Hari Raya Buat Abah Dan Adik Beradikku Yang Disayangi.

Kenangan dipagi raya 10/09/2010

Bergambar bersama abah dipagi raya sebelum memohon maaf.


Abah begitu seronok dengan kepulangan adik-adik beradik yg lain.

Apakah akan ada lagi hari raya untuk abahku.
17.Catatan 16. Syahdu di Pagi Raya.
Selepas sembanhyang Raya aku mengikuti rombongan masjid untuk sedekahkan fatihah dan doa kepada rakan2 serta kepada penduduk2 kampung terutama generasi pertama jalor yg lebih awal meninggalkan kita.Terasa diri betul2 kerdil bila berada disana.
Berkumpul untuk sama2 membaca doa kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita.
Imam mengetuai penduduk kg membaca doa.

Saudara mara yg hadir menziarahi perkuburan


Suasana di tanah perkuburan di pagi raya.