Sunday, February 27, 2011

46.Catitan 29 : Majlis Perkahwinan D'wan & Ezah (Anak Induk Faridah Dan Abg Manan) yang diadakan di Felda Bukit Jalor


Gambar Pengantin

Ayam golek pun ado..

Tarian Inang pun adoo.

Tarian poco-poco pun ado..Baju biru tu tuan rumah..

Romantik woo..Cam pinang di belah dua...

Friday, February 25, 2011

45 : Catitan 28 .Anak felda Bukit Jalor Berjaya Memenagi Tempat Pertama Pertandingan Logo 1 Belia ..

Ini adah logo yang bejaya memenangi tompek pertama dalam Pertandingan mencipta logo 1Belia anjuran Kementerian Belia Dan Sukan. dan logo ini sekarang terhias indah di semua bangunan kompleks Belia dan Sukan Daerah dan Negeri di seluruh Malaysia. Anda tahu siapakah pencipta logo ini?? Pencipta logo 1 Belia ini adolah anak kampung kito jugak ni..Ciptaan Saudara Yan Designerspace


Inilah logo yg berjaya mendapat tempat pertama



kejayaan ini mendapat komen dari FB Group kelab anak2 Felda Jalor





44. Catitan 27. Mural Hasil Kreativit Anak Felda Bukit Jalor.

Mural ini hasil kreativiti anak Felda Bukit Jalor.Mural ini dilukis di kedai runcit ajai dan di tembok masuk Pejabat Felda Bukit Jalor.








43 : catitan 26. Musuh Tanaman Telah Memasuki Kawasan Kampung Felda Bukit Jalor.Binatang tersebut akhirnya telah ditembak oleh penduduk kg.

Binatang ini terpaksa ditembak 2 kali oleh penduduk kg.


Monday, February 21, 2011

42. Catatan 25. Lori Terjongkang Di laluan Alternatif Di Felda Bukit Jalor.





































Sunday, February 20, 2011

41. Keratan Akbar 31 : Bukit jalor Menjadi Naib Johan Pertandingan Kecerian Kampung DUN Gemencheh.Syabas Warga Bukit Jalor.

Keratan akbar memaparkan felda Bukit jalor menduduki tempat kedua

Kemenangan ini telah mendapat fed back yg baik di Facebook Kelab anak2 Jalor yg dikelolakan oleh Prof Sham

Tuesday, February 15, 2011

40 : Keratan Akbar 30 : Anak Bukit jalor Berjaya Membuka Perniagaan Printing Di Pekan bahau.

Saturday, February 12, 2011

39 : Keratan Akbar 29 : Penduduk Bukit Jalor Lalui Jalor Berdebu

Wednesday, February 9, 2011

38 : Keratan akbar 28 : Mangsa Banjir Salahkan Projek PLBE.


Utusan Online : Mangsa dakwa projek PLBE sebabkan banjir

TAMPIN 2 Feb. - Mangsa banjir di Kampung Parit Buloh, Air Kuning Selatan, Gemencheh dekat sini mendakwa kawasan kediaman mereka dinaiki air disebabkan oleh pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Seremban-Gemas.

Ketua Kampung, Mohd. Dom Md. Amin, 52, mendakwa apabila projek itu dijalankan sejak dua tahun lalu, kawasan berkenaan termasuklah di Taman Semarak 2, dekat sini, mula dinaiki air berikutan tanah dari projek berkenaan melimpah ke dalam sungai berdekatan.

"Keadaan menjadi lebih teruk apabila hujan lebat. Perkara seperti ini tidak pernah berlaku sejak kawasan ini dibuka 60 tahun lalu," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Air Kuning Selatan, Gemencheh, dekat sini, semalam.

Katanya, masalah lebih rumit apabila jalan di Felda Bukit Jalor dekat sini ditambak kerana pembinaan jalan yang turut mengundang berlakunya banjir.

"Sebelum ini apabila berlaku hujan, air akan mengalir masuk ke kawasan ladang kelapa sawit berdekatan tetapi sejak pembinaan itu, air terus mengalir ke dalam sungai dan menyebabkan air melimpah ke kawasan rendah," katanya.

Sementara itu, Mansor Md. Tahir, 49, berkata, keadaan sungai yang cetek menyebabkan kejadian banjir amat buruk berlaku di sini.

"Sebelum ini, sungai masih dalam, tetapi selepas pembinaan tanah dan lumpur masuk ke dalam sungai menyebabkan ia semakin cetek dan airnya melimpah apabila hujan lebat," tegasnya.

Katanya, ini merupakan kejadian terburuk dan rumahnya hampir ditenggelami air, serta barangan sekolah, perabot dan elektrik semuanya rosak.

Seorang lagi penduduk, Raja Hashim Raja Sindut, 74, berkata, rumahnya dinaiki air hampir dua meter menyebabkan banyak barangan rosak.

"Air naik mendadak dalam masa tidak sampai 20 minit. Rumah saya hampir tenggelam," katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di lokasi mendapati, ramai penduduk telah pun dibenarkan pulang untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di rumah masing-masing.

Antaranya, ada yang mencuci lantai, tikar, membersihkan pinggan mangkuk, menjemur tilam dan pakaian yang dapat diselamatkan.
37 : Keratan Akbar 27.Jambatan Runtuh Di Bukit Jalor