Monday, January 31, 2011

36. Keratan Akbar 22 : Bukit Jalor Dilanda Banjir.

35. Keratan Akbar 21 : Seorang demi seorang warga Bukit jalor Meninggalkan kita.
Nampaknya seorg demi seorg warga Felda Bukit Jalor pergi meninggalkan kita.Untuk bulan January tahun 2011 ini seramai 5 org warga Jalor telah pergi untuk selama2nya.Antara yg telah meninggalkan kita ialah

1) Ujang Sontot (Peringkat B)
2) Cucu Cik Ayob (Peringkat A)
3) Isetri Cik Akin (Peringkat A)
4) Emak Cik Normah c42
5) Ck Md Din.(Ayah Ujang c16
)


Kematian Cik Md.Din disiarkan dlm Akbar Sinar

Kemalangan dan Kematian Cucu Cik Ayob mendapat liputan akbar.
34. Catatan 24. Bukit Jalor Dilanda Banjir .(31/01/2011)

Dalam sejarah Bukit Jalor.Tahun ini adalah tahun yang paling dasyat apabila Bukit Jalor dilanda banjir besar.Hujan selama 6 hari berturut2 telah merobohkan jambatan yg menghubungkan felda Bukit Jalor dgn dunia luar. (Kredit to Redd Kardhasian dan Rodzi tariman)

Jambatan di simpang jalor roboh dilanda banjir

Kolam Ajai dan Rumah Banglo ditenggelami air

Kenderaan tidak dapat masuk dan keluar dari Bukit Jalor.

Jambatan runtuh teruk

Friday, January 14, 2011

33.Catatan 23 : Selamat Menyambut UPSR kepada Pocoyo Bulat (Nick Name FB) 2011.

Tahun nie anak aku Mohd Firdaus akan megambil pepereksaan UPSR dan kakaknya pula akan menduduki pepereksaan PMR.Ada 2 pepereksaan penting utk anak2 aku tahun nie.Aku masih ingat kata kawan aku."Kalau ko nak anak ko sukses dlm pepereksaan, ko harus jadikan diri ko seolah2 ko juga nak ambik pepereksaan tahun nie."Pergh berat tu..

Skg nie aku tengah mengeledah kat google soalan2 tahun lepas.Bagi aku, nak sukses dlm pepereksaan harus byk mengulangkaji...

Skg nie aku juga sedang membuat satu program soalan utk anak aku..Kalau klik betul, maka dia akan dapat gamba atau video ucapan tahniah.Kalau salah..dapat gamba kena fire...Ini adalah konsep pembelajaran "Belajar Sambil Berhibur " yang aku cuba applikasikan kpd anak aku....Kalau cara nie suksess aku akan hadiahkan kepada seluruh anak2 jalor yg bakal menduduki pepereksaan.


**************** 15 Tip Pelajar Cemerlang ******************

Bercintalah dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji, berkahwinlah dengan peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan. Bagaimana mahu jadi pelajar cemerlang? Apakah ciri -ciri pelajar cemerlang? Berikut adalah 15 tip atau petua untuk menjadi pelajar cemerlang:

1. Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.

2. Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat.

3. Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.

4. Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan/praktikkan.

5. Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu atau pun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.

6. Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara positif.

7. Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.

8. Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.

9. Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.

10. Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.

11. Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.

12. Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.

13. Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.

14. Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.

15. Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.