Wednesday, December 8, 2010

32.Catitan 22. Majlis Perkahwinan Khalis Dan Munirah Pada 04/12/2010

Minum sayang.Sudu tu jgn makan lak.

Memang manis,Memang sepadan, Memang sporting

Aksi2 daring.

Perghh..ngalah pelakon drama swasta.

Bersama keluarga.




31.Keratan Akbar 20 : Hajat Cik Rokiah Tidak Kesampaian.


Thursday, December 2, 2010

30.Catatan 21.(01/12/2010): Jabatan Kesihatan Daerah Tampin Menganjurkan Ceramah Kesihatan dan Pemeriksaan kesihatan percuma di Bukit jalor.

Jemputan yang hadir
Misi yang sedia berkhidmat

Ceramah dari Dr.Suriati Binti Abdul Aziz

Ceramah dari Dr.Norsiah Binti Ali

KKehadiran ADUN Gemas YB Dato Hjh Zianab Bin Hj.Nasir

Tuesday, November 30, 2010

29. Keratan Akbar 19. Rela Bersatu Menjaga Keselamatan Kampung
Akbar Sinar 30/11/2010
Anggota Rela Bergambar Bersama Kolenal Saidi Bin Sharif.

Angota Rela Tekun Mendengar Taklimat.

Kolenal Saidi Menyampaikan Sumbangan Peralatan Kepada kapten Awang

Thursday, November 18, 2010

28.Catatan 20 : Pembinaan Dewan orang Ramai Kini Telah Bermula.

Setelah hampir 40 tahun menunggu kini impian Penduduk Bukit Jalor untuk memiliki dewan sendiri bakal terlaksana.Kerja2 meratakan tanah kini telah bermula.Melalui plan asal yang aku tengok terdapat pentas dewan, 2 court badminton dan 6 toilet.Pembinaan dijangka siap pada 22.08.2011.Diharap kontraktor yg membuatnya akan dpt menyiapkan mengikut jadual dan membuat dgn penuh kejujuran.Kita tak mahu...pakai 3 bulan, atap bocor,simen merekah dan seribu satu masalah yg timbul.

(kerja-kerja meratakan tanah sedang dijalankan.)

Tuesday, November 2, 2010

27. Keratan Akbar 18 : Zack dan Encik Rahman Mewakili Rela Bukit Jalor Sempena Program Menembak dan Istiadat Pertabalan Dan mengadap Pusaka Bergelar Luak Tampin Di Lapang Sasar Menembak Polis Bantuan Felda Bukit Rokan.

Zack berdiri dan Encik rahman sedang duduk.

Friday, October 22, 2010

26.Keratan Akbar 17 : PJK Dekat Jurang Digital Masyarakat

25 : Keratan Akbar 16 : Alumni SKBJ Jana Aktiviti, Erat Hubungan.

Friday, October 8, 2010

24.Keratan Akbar 15 : Pak Belang Muncul didalam Kebun

Friday, October 1, 2010

23.keratan Akbar 14 : Jamuan Hari Raya Bersama Penduduk Bukit Jalor

Datuk kamil memberi duit raya kepada anak2 jalor

Gambar kenangan bersama penduduk jalor

Saturday, September 18, 2010

22.Keratan Akbar 13.Reunion Pelajar SKBJ Tahun 1972-1977


Friday, September 17, 2010

21.Keratan Akbar 12 : Reunion Pelajar SKBJ 1973-1978

Sunday, September 12, 2010

20.Catatan 19 : Reunion Pelajar SKBJ Tahun 1972-1977. Bertemu setelah 33 tahun berpisah.

12/09/2010 : Menyaksikan reunion pelajar2 tahun 1972-1977 betul menyentuh hati aku.Kegembiraan dan kegirangan terpancar diwajah mereka yang hadir.Aku sendiri sebak melihat kakak aku menitiskan air mata apabila dapat bertemu semula dgn rakan2 mereka yang telah terpisah hampir 33 tahun.Kegembiraan dan kesayuan terpancar pada wajah2 hadir.

Reunion pelajar tahun 1977 telah diadakan dibalairaya felda bukit jalor dan dihadiri oleh cikgu yunus dan cikgu wahab.Seramai 28 pelajar telah berjaya dikumpulkan.

Dalam ucapannya, encik rosli selaku ketua yang mengendalikan reunion ini berkata, kemajuan ICT iaitu FaceBook telah berjaya meyatukan semula rakan2 yg telah 33 tahun terpisah.

Cikgu wahab dalam ucapannya pula memberitahu ada kalangan guru yang dijemput tidak dapat hadir kerana terlantar sakit.Beliau meminta supaya murid2 mereka ini dapat datang melawat .Disamping itu cikgu wahab menyebut beberapa nama guru yang telah kembali kerahmatullah.Kepada yang telah berjaya cikgu wahab menasihatkan supaya dapat memberi idea-idea yang bernas untuk kemajuan kampung dan jangan sesekali malu mengakui kamu anak felda.

Dalam ucapan cikgu yunus pula, beliau melahirkan rasa terharu kerana dapat berjumpa semula setelah lama berpisah dan meminta mereka membuat perjumpaan lagi supaya aktiviti yang lebih baik dapat diadakan untuk kemajuan anak-anak felda bukit jalor.

Kronologi Peristiwa.

3.00 pm : Kehadiran pelajar2 tahun 1972-1977.
4.00 pm : kehadiran Cikgu Yunus dan cikgu wahab .
4.30 -5.30 pm : Ucapan pengerusi reunion, encik Rosli. Ucapan dari Cikgu Wahab dan Cikgu Yunus.
5.30 -600pm : Jamuan dan sesi bergambar.



Gambar tahun 1977.(Gambar 33 tahun yang lalu)

Gambar tahun 2010.(Bertemu semula setelah 33 tahun berpisah)

Keriangan terpancar pada wajah-walah yang hadir

Kegembiraan yang tdiak dapat diucapkan melalui kata-kata.

Memori lama kini menjelma semula.

Saturday, September 11, 2010

19.Catatan 18 : Perginya kerahmatullah anak Allahyarham Abu c30.

11/09/2020 : Terkedu aku apabila dapat tahu cik Kamariah Binti Abu c30 telah kembali kerahmatullah di rumah saudara kampa c34.Semalam aku baru jer berhari raya di rumah kampa.

Menurut saudara kampa c34, arwah meninggal pukul 6.00 pagi tadi.Arwah baru sahaja sampai ke bukit jalor petang semalam (Raya pertama) dari kuala Pilah.Arwah sememang nya telah lama sakit dan pernah dihantar ke hospital Kuala Pilah disebabkan Jangkitan Kuman pada Paru-paru.

Jenazah arwah telah selamat dikebumikan sebelum zohor tengahari tadi dan diketuai oleh iman 2 iaitu haji Raaof.
Imam Raof membacakan Talkin
Saudara mara yang hadir.

Penduduk jalor dan saudara mara sama-sama menguruskan jenazah.


Takziah kepada saudara mara arwah .


Friday, September 10, 2010

18.Catatan 17: Selamat Hari Raya Buat Abah Dan Adik Beradikku Yang Disayangi.

Kenangan dipagi raya 10/09/2010

Bergambar bersama abah dipagi raya sebelum memohon maaf.


Abah begitu seronok dengan kepulangan adik-adik beradik yg lain.

Apakah akan ada lagi hari raya untuk abahku.
17.Catatan 16. Syahdu di Pagi Raya.
Selepas sembanhyang Raya aku mengikuti rombongan masjid untuk sedekahkan fatihah dan doa kepada rakan2 serta kepada penduduk2 kampung terutama generasi pertama jalor yg lebih awal meninggalkan kita.Terasa diri betul2 kerdil bila berada disana.
Berkumpul untuk sama2 membaca doa kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita.
Imam mengetuai penduduk kg membaca doa.

Saudara mara yg hadir menziarahi perkuburan


Suasana di tanah perkuburan di pagi raya.




Tuesday, August 31, 2010

16.Catatan 15.Seorang Demi Seorang Generasi Pertama Meninggalkan Kita.

Takziah buat keluarga c92 iaitu allahyarham Abu Bin Inas yang telah pergi meninggalkan kita pada minggu lepas.Begitu juga takziah buat keluarga A130 iaitu allahyarham Ustaz Tahir Bin Mustapa .Kedua-dua mereka adalah generasi pertama .Moga roh mereka di tempatkan bersama orang-orang yang soleh.Alfatihah buat allahyarham berdua.

"Ingatlah pada yang hidup.Masa kita akan sampai juga".Renung2kanlah.
15.Keratan Akbar 11. Datuk Kamil Bersahur Bersama Penduduk Bukit Jalor.

(A.M Encik Borhan, Ketua kampung Encik Abu Samah, Encik Rosli PMG, Ketua Umno Bukit Jalor Hj.Abdullah Bahaman turut serta memeriahkan singgah sahur kat gumah Encik Rosli C29)

Thursday, August 26, 2010

14.Catatan 14 : Penduduk Jalor Bersahur Bersama Datuk Kamil.

27.08.2010. " Memang tak diduga wakil rakyat gemencheh akan datang untuk bersahur bersama-sama penduduk kampung; .Itulah jawapan yang aku terima dari salah seorang tetamu yang hadir ke rumah Encik Rosli C29 felda Bukit Jalor.
Rumah Encik Rosli telah dipilih oleh ketua kampung untuk menerima kunjungan bersahur dan seterusnya menerima sedikit sumbangan daripada Datuk kamil.Turut hadir bersama-sama memeriahkan majlis bersahur tersebut ialah Penolong Pengurus Felda Bukit Jalor Encik Borhan, Ketua kampung Encik Abu Samah, Ketua Umno Bukit Jalor Haji Dollah Bin Bahaman, Pengerusi PMG encik Rosli, ketua Belia encik Samsudin Hassan ,ketua puteri umno puan Maimunah serta wakil dari GPW bukit jalor.

Kronologi peristiwa.

4.00 pagi : Jiran2 dan wakil GPW mula berkumpul di rumah encik Rosli C29.

4.30 pagi : Datuk Kamil dan isteri serta seorang anak beliau sampai ke rumah Encik Rosli.

4.45 pagi : Datuk memberi sedikit ucapan seterusnya memberi sumbangan kepada Encik Rosli.

5.00 pagi : Bersahur

5.30 pagi : Datuk kamil dan Datin berangkat pulang.


( Memberi sedikit ucapan perangsang kepada tuan rumah )


(Datuk Memberi sumbangan kepada Encik Rosli.Ado duo Rosli.Rosli yang pakai baju oren tu.Yang baju biru tu rosli Pengerusi PMG))

( Bersama-sama menikmati hidangan ketika bersahur)

(Saudari Aina dari Akbar Sinar sedang menemuramah Encik Rosli)

(Bergambar beramai-ramai sebelum pulang)

(Tepat pukul 5.30 Datuk dan datin berangkat pulang.)

(Wakil NGO bakawali pun datang Sama.Terima Kaseh balqis dan kawan sobab sudi datang jalor)

Terima Kasih Datuk Dan Datin .Terima Kasih Daun Keladi.Minggu Depan Datanglah lagi..uhuk..uhuk...
13.Catatan 13: Majlis berbuka Puasa Bersama PM

26.08.2010.Seramai lebih kurang 60 orang warga Felda Bukit Jalor telah berkesempatan meraikan majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri di Jempol.Dua buah bas telah disediakan.Pemergian mereka telah diketuai oleh Penolong Pengurus Felda Bukit Jalor, Encik Borhan dan Ketua kampung Felda Bukit Jalor.