Sunday, September 12, 2010

20.Catatan 19 : Reunion Pelajar SKBJ Tahun 1972-1977. Bertemu setelah 33 tahun berpisah.

12/09/2010 : Menyaksikan reunion pelajar2 tahun 1972-1977 betul menyentuh hati aku.Kegembiraan dan kegirangan terpancar diwajah mereka yang hadir.Aku sendiri sebak melihat kakak aku menitiskan air mata apabila dapat bertemu semula dgn rakan2 mereka yang telah terpisah hampir 33 tahun.Kegembiraan dan kesayuan terpancar pada wajah2 hadir.

Reunion pelajar tahun 1977 telah diadakan dibalairaya felda bukit jalor dan dihadiri oleh cikgu yunus dan cikgu wahab.Seramai 28 pelajar telah berjaya dikumpulkan.

Dalam ucapannya, encik rosli selaku ketua yang mengendalikan reunion ini berkata, kemajuan ICT iaitu FaceBook telah berjaya meyatukan semula rakan2 yg telah 33 tahun terpisah.

Cikgu wahab dalam ucapannya pula memberitahu ada kalangan guru yang dijemput tidak dapat hadir kerana terlantar sakit.Beliau meminta supaya murid2 mereka ini dapat datang melawat .Disamping itu cikgu wahab menyebut beberapa nama guru yang telah kembali kerahmatullah.Kepada yang telah berjaya cikgu wahab menasihatkan supaya dapat memberi idea-idea yang bernas untuk kemajuan kampung dan jangan sesekali malu mengakui kamu anak felda.

Dalam ucapan cikgu yunus pula, beliau melahirkan rasa terharu kerana dapat berjumpa semula setelah lama berpisah dan meminta mereka membuat perjumpaan lagi supaya aktiviti yang lebih baik dapat diadakan untuk kemajuan anak-anak felda bukit jalor.

Kronologi Peristiwa.

3.00 pm : Kehadiran pelajar2 tahun 1972-1977.
4.00 pm : kehadiran Cikgu Yunus dan cikgu wahab .
4.30 -5.30 pm : Ucapan pengerusi reunion, encik Rosli. Ucapan dari Cikgu Wahab dan Cikgu Yunus.
5.30 -600pm : Jamuan dan sesi bergambar.



Gambar tahun 1977.(Gambar 33 tahun yang lalu)

Gambar tahun 2010.(Bertemu semula setelah 33 tahun berpisah)

Keriangan terpancar pada wajah-walah yang hadir

Kegembiraan yang tdiak dapat diucapkan melalui kata-kata.

Memori lama kini menjelma semula.