Thursday, August 26, 2010

12. Catatan 12. Belia Bukit Jalor Berbuka Puasa Bersama Pegawai Daerah Tampin)
Pada 26/08/2010, belia Bukit jalor telah mengahdiri majlis berbuka puasa bersama Pegawai Daerah Tampin.Sebuah bas telah disediakan.Menurut pengerusi belia Bukit jalor, saudara Hisham Bin Hassan, tujuan mengahadiri majlis tersebut adalah untuk mengeratkan silaturahim dikalangan ahli belia di tempat lain.
(Bas yang disediakan memang cantik dan menarik)



(Belia Bukit Jalor menaiki bas yang disedikan)







Monday, August 16, 2010

11. Catatan 11 : Seronok Melihat Anak-Anak Jalor Berniaga Di Bazar Ramadhan Bukit Jalor

Walaupun Bazar Ramadhan Bukit Jalor tidak semeriah seperti tempat lain, namun kehadiran beberapa peniaga menghidupkan suasana Bulan puasa di Bukit Jalor.

( Siapa rasa air tebu nie, besok mesti datang lagi..)

(Kueh..kueh..Macam2 kueh ada..)

(Siapa rasa ayam percik akak, pasti menjilat jari)


(copek bang, copek bang, Roti jala tinggal sikit lagi nei)



(Air soya ada, pulut panggang ada, rojak ada, laksa ada, cuma mercun jer tak ada)









10.Catatan 10 : Selamat Berpuasa Dan Selamat Hari Raya.

Sekarang nie kita tengah menghadapi bulan puasa.Tak lama lagi akan muncul pula Hari Raya.

Sempena menjelangnya hari yang mulia ini saya Abdul Rahman Bin Yaakob (Ujang Man)ingin menyusun sepuluh jari kepada semua warga Bukit jalor kalau ada salah dan silap, terkasar bahasa terutama dalam Face Book "kelab anak-anak bukit jalor".Dalam FB tu byk bertelagah pendapat.Kira kita maaf bermaafanlah.Kepada suri rumah, berbelanjalah ala kadar sahaja di bulan puasa dan pada hari lebaran nanti kerana pembaziran itu adalah satu perkara yang merugikan dan dilarang agama.



Kepada warga Bukit Jalor yang merantau tu, jgn sesekali lupakan ibubapa di Bukit Jalor nie.Baliklah raya nie walaupun sekejap kerana hati ibu bapa tentu gembira dgn kepulangan anak2 mereka.



"Selamat Berpuasa Dan Selamat Hari Raya"

Sunday, August 8, 2010

9.Catatan 9 : Rela Bukit Jalor Bersengkang Mata Hingga Pagi Menjaga Keamanan Kampung.

Terima kasih kepada Rela bukit Jalor kerana membuat rondaan sekitar kampung setiap malam.Dengan adanya Road block yang dibuat kat pintu masuk bukit Jalor harap2 keamanan kampong akan terpelihara.Kesihan memang kesihan kito tengok pengorbanan mereka.Orang lain sodap2 tido, mereka lak terpaksa berjago menjago keamanan kampong.Sepatutnya kita harus hargai pengorbanan mereka.Sekarang nie tak ada lagi kes2 rompakan berlaku kat Jalor.Syabas Rela Syabas....

(Walau sudah pukul 3 pagi , keamanan kampung terus diutamakan)


(Apo nak buek.dah tugas.Orang lain sodap tido awak kono berjago hinggo 4 pagi)


Friday, August 6, 2010

8.Catatan 8 : GPW dan UMNO Bukit Jalor Menganjurkan Jamuan Ramah Mesra .

04.08.2010. GPW dan Umno Bukit Jalor telah mengadakan jamuan Ramah Mesra dikalangan ahlinya.Majlis diadakan dengan konsep masakan BBQ dimana ayam, ikan ,udang dan sotong di bakar di depan kediaman rumah GPW.

Majlis ini turut dihadiri oleh Pengurus Felda Bukit Jalor , Iman Satu , Ketua Kampong dan beberapa pemimpin kesatuan yang ada di bukit jalor.

Menurut Encik Ilias iaitu Pegawai Felda Bukit Jalor, aktiviti seperti ini memang diadakan pada setiap tahun.Tujuannya ialah untuk merapatkan silaturahim dikalangan ahli.


(Kito bubuh garam lagi biar teraso lagi kik)

(Antara Pemimpin GPW )

( Makan tuk makan..kat luar ada seperiuk lagi ayam ngan udang lom bakar)


(Dah 4 jam bakar , apo tak masak2 lai ayam nie..uhuk..uhuk)



7. Catatan 7 : SKBJ Menganjurkan Bacaan Yassin untuk Murid2 UPSR.

Pada 03.08.2010 SKBJ dengan kerjasama PIBG telah menganjurkan majlis bacaan Yassin untuk pelajar2 darjah enam yang bakal menduduki UPSR.Semasa majlis itu diadakan, gotong royong memasak diadakan pada sebelah petang.Ramai kalangan ibu bapa turut hadir utntuk menjayakan majlis ini.Bacaan yassin diadakan selepas waktu manghrib telah diketuai oleh iman 2 Felda Bukit Jalor iaitu encik Hj Raof.


(Bang ! Tambah garam lagi bang)

(Ngancam tul lah ayam Goreng nie.Nak ambik seketul malu lak orang gamai)

(Ha..ha..inilah ayam goreng masakan Hotel Hilton.Sekali rasa nak lagi)

(Terima kasih byk2 kepada guru2 dan ibubapa yang telah menjayakan majlis ini)



Monday, August 2, 2010

6.Catatan 6 : PMG oh PMG.

Semalam(02/08/2010) ketika aku minum disebuah kedai tiba2 dtg seorang anak Jalor Generasi kedua menceritakan masalah yang dia hadapi.Aku dengar cerita beliau dgn tekun.

Menurut beliau, ketika beliau menghantar lantun kat Mini PMG pukul 11.20 beliau dapati mini PMG dah tutup.Nasib baik pekerja masih ada walaupun dah tutup.Apa lagi bisinglah beliau dgn pekerja PMG nie.Setahu aku mini PMG sepatutnya tutup pukul 11.45 seperti yang tertulis kat memo di ofis.Hairan bin ajaib kalau pukul 11.20 dah tutup.

Ketika kat Masjid malam tadi aku ceritakan masalah mini PMG tutup awal kat pengerusi PMG saudara Rosli.Menurut saudara Rosli, beliau akan membuat pemantauan dari masa kesemasa mengenai perkara ini.Baguslah cam tu, kita harap perkara nie tak kan berlaku lagi...

Sunday, August 1, 2010

5.Catatan 5 : Hari Terbuka Jalor Lebar-Sederhana tapi Meriah

Alhamdulillah.Hari terbuka Jalor Lebar telah berjalan dengan jayanya.Walaupun sederhana tapi meriah kerana penyertaan yang ramai dari adik2 kita.Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang telah menjayakan aktiviti ini.Kepada ibubapa yang turut hadir diucapkan berbanyak terima kasih.
( Antara adik-adik yang hadir )

( Antara Lukisan-lukisan yang memenangi pertandingan.)

( Pemenang Menerima hadiah daripada Pengurus Jalor lebar Bukit Jalor.)

(Pemenang Tempat Pertama Kedua dan ketiga Bagi Pertandingan Pakaian Beragam)












Thursday, July 29, 2010

4. Catatan 4: Janji PMG

Store PMG tidak akan ditutup selagi kilang membeli getah di gemas tidak ditutup.Itu janji yang aku terima dari Penyelia PMG Bukit Jalor saudara Abd.Rahman Bin Minhaj.Harap lepas nie tidak ada lagi perbalahan mengenai isu PMG ditutup yang boleh menyukarkan buruh2.Cuma harap PMG dapat memaklumkan lebih awal jikalau store PMG tutup kedai .

Wednesday, July 28, 2010

3. Catatan 3 : Hari Terbuka Jalor Lebar

Pada 01/08/2010 Pusat Jalor Lebar Bukit Jalor akan mengadakan hari terbuka kepada semua anak2 warga Bukit Jalor.Tujuan diadakan program tersebut adalah untuk mendedahkan warga Bukit Jalor dengan IT disamping mengeratkan hubungan antara ahli PJK dgn warga Bukit Jalor.Tema untuk hari terbuka ini adalah berkaitan dengan kemerdekaan.

Mari kita sama2 support aktiviti tersebut...

Antara pertandingan yg dijalankan
Deklamasi sajak
Esei
Pakai beragam
Mewarna
Pertandingan Blog Menarik.

Tahniah kepada semua warga PJK yg telah bersusah payah terutama kepada Rohayu dan Izzati.
2 .Catatan 2: Penduduk Bersatu Bukit Jalor Maju.

Setelah sekian lama aku duduk di kg Bukit Jalor ada sesuatu yang aku rasa perlu diberi perhatian supaya perkara ini tidak menjadi barah yang boleh merosakkan Kg Bukit Jalor ini.Terus terang aku dapati dikalangan penduduk kg kita terutama yang ada pangkat dan kedudukan mempunyai team masing2.Jikalau team A tak suka team B mereka dan kuncu2 mereka akan bersatu utk menjatuhkan team A.Bagi aku ini satu tabiat yang tidak elok.Tabiat jatuh menjatuh akan menyebabkan jalor terus hancur.Tak boleh kah mereka ini bersatu dan bersama2 memajukan Bukit Jalor.Tidak terpikirkah mereka jikalau jalor maju anak2 mereka juga akan senang.

Bagi aku perkara ini memang susah utk diperbetulkan lebih2 lagi jikalau setiap apa yang dilakukan bukan dgn niat yang iklas.Semuanya ada kepentingan peribadi.Wahai warga Bukit Jalor..Marilah kita bersatu.Kita majukan jalor dengan iklas dan kita fikirkan bersama2 keuntungan yang bakal dikecapi oleh anak2 kita jika kita bersatu.

Wednesday, July 14, 2010

1.Catatan 1 : Terima kasih Jalor lebar.

Dengan adanya Jalor Lebar, aku dapati penduduk Jalor kini ramai yang telah celik IT.Jika dulu ada yang tak tahu menggunakan komputer, sekarang, hari2 layan komputer.Kelas mengajar Komputer yang dijalankan oleh Jalor Lebar harap dapat memberi byk manfaat kepada penduduk kampong.Dengan adanya WIFI yang disediakan,memudahkan aku melayari internet.Byk benda aku boleh buat.masalahnya cuma jarak yang agak terhad.